Sunday, 22 September 2019

REFLEKSI DIRI

       Dalam kursus Kesihatan Diri dan Kecergasan GKK1043, saya dapat memahami banyak perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan. Saya juga malah turut diperkenalkan dengan prosedur dalam Ujian SEGAK dan juga Ujian BLEEP yang banyak menguji ketahanan daya otot dan juga kecergasan tubuh badan saya. Melalui pendedahan dalam kursus ini, saya sedar bahawa betapa amalan bersenam dalam gaya hidup seharian amat penting agar saya dapat melibatkan diri dengan aktif dan cergas dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Kesihatan. Kesihatan diri yang baik dan sihat juga mampu mengelakkan diri daripada sebarang masalah penyakit sama ada fizikal mahupun mental. Ujian SEGAK ini merangkumi lima bahagian iaitu Indeks Jisim Badan (BMI), naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa serta jangkauan melunjur. 

Semasa ujian pre yang dijalankan pada 11 Julai 2019, BMI saya mencatat bacaan 17.4 iaitu hasil bahagi berat badan saya dalam kg iaitu 48.7 kg dengan hasil darab ketinggian saya dalam m iaitu 1.67 m.  Ujian BMI tersebut menunjukkan komposisi berat badan saya berada dalam lingkungan kurang berat badan. Bagi ujian naik turun bangku pula, kadar denyutan nadi saya adalah sebanyak 75 denyutan seminit dan ujian tekan tubi sebanyak 12 kali. Manakala bagi ujian ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur untuk ujian pre ialah 28 dan 36.Selain itu, saya juga mencatatkan bacaan bagi BLEEP Test sehingga pusingan 3.3.  


AKTIVITI MENDAKI BUKIT BESAR
    Selain itu, saya juga turut mengikuti beberapa aktiviti lasak yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kesihatan sebelum saya menjalani ujian post yang sebenar yang akan dilaksanakan pada 12 September 2019. Antara aktiviti yang saya sertai adalah aktiviti mendaki Bukit Besar yang terletak di Kuala Terengganu dan juga mendaki Bukit Maras di Gong Badak. Pada awal pendakian, saya berasa agak takut dan gementar sekiranya saya tidak dapat sampai ke puncak seperti rakan seperjuangan yang lain. Namun, saya gagahkan diri dan berikan kata-kata semangat untuk diri sendiri agar membuang segala rasa penat dan takut kerana kejayaan yang sebenar sedang menanti saya di puncak. Syukur Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya sampai di puncak bukit setelah lama bergelut dengan emosi dan mental sendiri sepanjang pendakian. Melalui aktiviti pendakian bukit ini, saya dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal saya. 


AKTIVITI MENDAKIT BUKIT MARAS
   Seterusnya, saya dan rakan-rakan juga telah diarahkan oleh pensyarah untuk mengelilingi pada IPG yang sejauh 2.5 km sebanyak 6 pusingan dalam lingkungan masa 11-19 minit untuk melihat tahap pencapaian diri untuk menghadapi ujian Bleep yang menguji ketangkasan diri.

AKTIVITI BERJOGING KE PANTAI

     Secara keseluruhan, amalan bersenam telah membantu saya sedikit sebanyak dalam mencapai target yang diperlukan bagi ujian pada post.  Hasilnya, saya berjaya mencatatkan bacaan yang baik bagi beberapa bahagian dalam Ujian SEGAK dan ujian BLEEP. Berat badan saya bagi ujian post adalah 47.8 kg dan tinggi 168 cm serta jumlah BMI adalah 16.9. Ujian naik turun bangku pula meningkat iaitu sebanyak 100 denyutan dalam seminit dan ujian tekan tubi sebanyak 25 kali. Selain itu, bacaan bagi ujian ringkuk tubi separa ialah 22 dan jangkauan melunjur pula meningkat iaitu 39. Peringkat pusingan bagi ujian Bleep meningkat kepada pusingan 3.8. Senaman yang berterusan dan yang kerap dilakukan banyak membantu saya dalam meningkatkan daya tahan otot dan kardiovaskular saya. Dengan ini, tahap kesihatan dan kecergasan fizikal saya lebih baik dan sihat berbanding semasa ujian pre yang lalu. 


UJIAN POST BAGI UJIAN BLEEP.





No comments:

Post a Comment

REFLEKSI DIRI

             Dalam kursus Kesihatan Diri dan Kecergasan GKK1043, saya dapat memahami banyak perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan ...