Dalam kursus Kesihatan Diri dan Kecergasan GKK1043, saya dapat memahami banyak perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan. Saya juga malah turut diperkenalkan dengan prosedur dalam Ujian SEGAK dan juga Ujian BLEEP yang banyak menguji ketahanan daya otot dan juga kecergasan tubuh badan saya. Melalui pendedahan dalam kursus ini, saya sedar bahawa betapa amalan bersenam dalam gaya hidup seharian amat penting agar saya dapat melibatkan diri dengan aktif dan cergas dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Kesihatan. Kesihatan diri yang baik dan sihat juga mampu mengelakkan diri daripada sebarang masalah penyakit sama ada fizikal mahupun mental. Ujian SEGAK ini merangkumi lima bahagian iaitu Indeks Jisim Badan (BMI),
naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa serta jangkauan melunjur.
Semasa ujian pre yang dijalankan pada 11 Julai 2019, BMI saya mencatat
bacaan 17.4 iaitu hasil bahagi berat badan saya dalam kg iaitu 48.7 kg dengan
hasil darab ketinggian saya dalam m iaitu 1.67 m. Ujian BMI tersebut menunjukkan komposisi
berat badan saya berada dalam lingkungan kurang berat badan. Bagi ujian naik
turun bangku pula, kadar denyutan nadi saya adalah sebanyak 75 denyutan seminit
dan ujian tekan tubi sebanyak 12 kali. Manakala bagi ujian ringkuk tubi separa
dan jangkauan melunjur untuk ujian pre ialah 28 dan 36.Selain itu, saya juga
mencatatkan bacaan bagi BLEEP Test sehingga pusingan 3.3.
|
AKTIVITI MENDAKI BUKIT BESAR |
Selain itu, saya juga turut mengikuti beberapa aktiviti lasak yang
dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kesihatan sebelum saya menjalani ujian post
yang sebenar yang akan dilaksanakan pada 12 September 2019. Antara aktiviti
yang saya sertai adalah aktiviti mendaki Bukit Besar yang terletak di Kuala
Terengganu dan juga mendaki Bukit Maras di Gong Badak. Pada awal pendakian,
saya berasa agak takut dan gementar sekiranya saya tidak dapat sampai ke puncak
seperti rakan seperjuangan yang lain. Namun, saya gagahkan diri dan berikan
kata-kata semangat untuk diri sendiri agar membuang segala rasa penat dan takut
kerana kejayaan yang sebenar sedang menanti saya di puncak. Syukur
Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya sampai di puncak bukit setelah lama
bergelut dengan emosi dan mental sendiri sepanjang pendakian. Melalui aktiviti
pendakian bukit ini, saya dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal saya.
|
AKTIVITI MENDAKIT BUKIT MARAS |
Seterusnya, saya dan rakan-rakan juga telah diarahkan oleh pensyarah
untuk mengelilingi pada IPG yang sejauh 2.5 km sebanyak 6 pusingan dalam
lingkungan masa 11-19 minit untuk melihat tahap pencapaian diri untuk
menghadapi ujian Bleep yang menguji ketangkasan diri.
|
AKTIVITI BERJOGING KE PANTAI |
Secara keseluruhan, amalan bersenam telah membantu saya sedikit sebanyak
dalam mencapai target yang diperlukan bagi ujian pada post. Hasilnya, saya berjaya mencatatkan bacaan
yang baik bagi beberapa bahagian dalam Ujian SEGAK dan ujian BLEEP. Berat badan
saya bagi ujian post adalah 47.8 kg dan tinggi 168 cm serta jumlah BMI adalah
16.9. Ujian naik turun bangku pula meningkat iaitu sebanyak 100 denyutan dalam
seminit dan ujian tekan tubi sebanyak 25 kali. Selain itu, bacaan bagi ujian
ringkuk tubi separa ialah 22 dan jangkauan melunjur pula meningkat iaitu 39.
Peringkat pusingan bagi ujian Bleep meningkat kepada pusingan 3.8. Senaman yang
berterusan dan yang kerap dilakukan banyak membantu saya dalam meningkatkan
daya tahan otot dan kardiovaskular saya. Dengan ini, tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal saya lebih baik dan sihat berbanding semasa ujian pre yang
lalu.
|
UJIAN POST BAGI UJIAN BLEEP. |